Isnin, 3 Disember 2012

[SR] Qi Pao กี่เพ้า

Anne sebagai Paeka (Pink) / May Lee
'Smart' Krissada sebagai Jao Ming Tian (Khun Chai Rong)
'Ning' Nirut sebagai Jao Wern Yeuy
'Mam' Jintara sebagai Wang Jei Ping (Khun Nai Yai)
'May' Pitchanart sebagai Jao Lin Pei (Pei Pei)
'Oh' Anuchyd sebagai Liang Wei Hur (Ah Wei)
'Boom' Panadda sebagai Lin Mei Ing (Khun Nai Rong)
? sebagai Jin
'Jieb' Pijitra sebagai Lian

Paeka (Pink), seorang kurator di muzium pakaian antik telah ke Hong Kong untuk membaiki qipao kesayangan Jao Wern Yuey yang telah terkoyak. Kedatangannya ke sana dan tinggal bersama-sama keluarga Wern Yuey juga bertujuan membongkar misteri kematian May Lee dan menjejaki pembunuhnya yang sebenar. May Lee merupakan anak angkat keluarga Wern Yuey yang mempunyai wajah mirip Paeka, kecuali tahi lalat di bawah mata kirinya. Seluruh keluarga Wern Yuey percaya bahawa Ah Wei merupakan pembunuh May Lee, berdasarkan siasatan polis. Namun begitu, berdasarkan mimpi yang dialami, Pink percaya bahawa pembunuh May Lee ialah ahli keluarga Wern Yuey sendiri kerana pembunuh tersebut memakai gelang jed yang dimiliki oleh setiap orang dalam rumah tersebut. Gelang jed tersebut juga terpatah kerana dihentak oleh May Lee sebelum kematiannya.

Paeka secara tidak sengaja memberitahu bahawa hantu May Lee telah datang menemuinya. Hal ini mengejutkan seluruh isi rumah. Pink juga memberitahu bahawa May Lee memerlukan pertolongannya untuk membalas perbuatan pembunuhnya. Secara tidak langsung, semua orang tahu bahawa Paeka cuba membongkarkan rahsia keluarga mereka yang cuba ditutup daripada pengetahuan orang ramai. Jao Ming Tian (Khun Chai Rong), pewaris tunggal Wern Yeuy bimbangkan keselamatan Pink dan cuba menghalangnya mengorek rahsia kerana bimbang Pink diburu oleh Ah Wei.

Pada masa yang sama, kehadiran Pink tidak disenangi oleh isteri kedua Wern Yeuy iaitu Ing Pei (Khun Nai Rong) dan anaknya Pei Pei. Pei Pei hanyalah anak tiri Wern Yeuy dan dia mempunyai impian untuk mengahwini Ming Tian. Kemunculan Paeka ke rumah mereka dianggapnya sebagai penghalang kerana wajah Paeka serupa dengan May Lee yang pernah menjadi kekasih Ming Tian. Ketika itu juga, Ming Tian semakin lama semakin menunjukkan minat terhadap Pink. Sikap Pink yang seakan-akan suka masuk campur urusan keluarga Wern Yeuy dan membongkarkan pelbagai rahsia menambahkan lagi kebencian Khun Nai Rong dan Pei Pei.

Semakin lama Pink tinggal di rumah agam milik Wern Yeuy, dia semakin banyak mendapat maklumat berkaitan keluarga tersebut, dengan bantuan Ah Siew, orang gaji kesayangan isteri pertama Wern Yeuy iaitu Khun Nai Yai. Pink mula mengesyaki beberapa orang sebagai suspek, terutamanya Khun Nai Rong dan Pei Pei. Namun begitu, percaturannya selalu tersilap. Usahanya selalu gagal dan tanggapannya selalu tersasar. Lebih memburukkan keadaan, Pink seperti sedar bahawa pembunuh May Lee sedang memerhatikannya dan cuba mencari peluang untuk membunuhnya. Dapatkah Pink menangkap pembunuh sebenar May Lee? Dapatkah Ming Tian menyelamatkan Pink setiap kali wanita idamannya itu diancam bahaya? Paling utama, percayakah Pink bahawa Ming Tian sukakannnya kerana dirinya, bukan kerana dia jelmaan May Lee?

Online streaming with English subtitles 
Official website
Official Wallpapers
Official E-cards
OST:-
Opening credit: Qi Pao - Jennifer Kim
Ending credit: Sailom Haeng Rak - Ben Chalatit

*Nota: Qi Pao adalah novel (diadaptasi menjadi lakorn) ketiga daripada horror fabric series yang ditulis oleh Dr. Pongsakorn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan