Memaparkan catatan dengan label YouTube saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YouTube saya. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Januari 2013

Grey Mood #1

Afternoon, honey!
Entah berapa lama boleh bertahan di YouTube pun aku tak tahu. HAHA. Mungkin esok lusa sudah boleh di-claim oleh GMM Grammy. Dan aku dapat strike lagi. Untuk kesekian kali.

Hari ini online untuk dapat sakit hati. Beberapa hari lepas aku dah mula baca betapa kontroversinya Neua Mek II yang konon-kononnya inappropriate, sebab ia berkait rapat dengan politik. Neua Mek II sudah ditayangkan hingga ke episod 9. Aku pun mengagak ia tamat minggu ini dengan 12 episod, since Raeng Pradtana mula ditayangkan 12 Januari. Which is normal, since lakorn untuk slot hujung minggu TV3 sekarang ini memang tak lebih 13 episod.
Tapi apa yang terjadi lepas aku buka YouTube, tiba-tiba ada video Raeng Pradtana, opening credit etc. What the hell is going on? Aku baca di sana-sini, TV3 sudah pun keluarkan kenyataan Neua Mek tidak akan terus ditayang. WOW. Extremely bad for MTEAM!!! And even the production team.
Melucukan bila ada yang cakap mahu boikot Raeng Pradtana. Haha. Kelakarlah. Nadech dan Kim  langsung tidak bersalah.

Tetapi sebenarnya yang lebih awal adalah channel YouTube KissKeepInTouch sudah kena delete. T_T Bengang macam hilang boyfriend aku!!! Kebanyakan channel di ViKi menggunakan raw videos KIT. Kalau KIT kena delete, semua projek leburlah! Mangkuk!

Sabtu, 29 Disember 2012

Aku Lahir Hanya Untuk Mencintai Kamu

I haven't even started on the lakorn, but I've been reading "the OSTs are awesome" everywhere. I browsed the web and, oh, Mark Prin rupanya yang nyanyi. Maka aku buat kerja menggeledah YouTube, dan... lagu tersebut bukan lagu baru. Penyanyi originalnya: Big Ass. Tajuk: Gert Maa Kae Rak Gan (Malay title is this post's title).
This official MV is way too scary.
Ia juga sudah pernah di-cover bermacam-macam artis; Tui AF3 dan Rose Sirinthip.

Ahad, 23 Disember 2012

Roy Mai: A Forbidden Love Story

Rasa sedikit pelik sebab Facebook aku macam senyap. Selidik punya selidik. Patutlah. Thailand kalah bola. Muahahaha. Tak faham? Okey.

Sawasdee ja took khon...! Sabai dee mai? Wah, tanya macam banyak peminat! 

Hari ini aku berjaya memuat naik video pertama di YouTube. Yahoo! Kali ini, akaun YouTube aku dilahirkan pada 20/12/2012. Memang aku sengaja tunggu tarikh sehari sebelum kiamat. Eh.

Video still boleh sama dengan yang original. Auwww.

Ini adalah second attempt aku subtitling lagu ini. Bila first attempt? HEHEHE. Tentu aja terjemahan tetap ambil dari blog orang, 55.