Ahad, 23 Disember 2012

Roy Mai: A Forbidden Love Story

Rasa sedikit pelik sebab Facebook aku macam senyap. Selidik punya selidik. Patutlah. Thailand kalah bola. Muahahaha. Tak faham? Okey.

Sawasdee ja took khon...! Sabai dee mai? Wah, tanya macam banyak peminat! 

Hari ini aku berjaya memuat naik video pertama di YouTube. Yahoo! Kali ini, akaun YouTube aku dilahirkan pada 20/12/2012. Memang aku sengaja tunggu tarikh sehari sebelum kiamat. Eh.

Video still boleh sama dengan yang original. Auwww.

Ini adalah second attempt aku subtitling lagu ini. Bila first attempt? HEHEHE. Tentu aja terjemahan tetap ambil dari blog orang, 55.

Lagu ini merupakan salah satu OST all-time-favorite aku. Such a sweet song. Come to think of it, setiap installments dari siri fabrik, akan ada salah satu OST yang aku sangat suka. 

Jadi lagu ini: Garn Dern Tang Khong Hua Jai [The Journey of the Heart] daripada Roy Mai. Penyanyinya Pramote Pathan (hanya dua lagu dia yang aku pernah dengar, satu lagi Teerak). Berdasarkan lirik, semua orang boleh faham yang lagu ini mewakili perasaan pra ek pada zaman moden; Suriyawong.
Perkataan cinta aku tak pernah ucapkan pada sesiapa,
Aku menyimpannya lama,
Sehinggalah suatu hari aku ketemu engkau,
Hanya sekali,
Dan aku rasa gementar.
(summarized from wishboniko's translations)
Betul-betul selepas Suriya confessed pada P'Wan yang dia rasa neua koo dia sedang menunggu, eh, dia terserempak dengan Rerin dan terus nosebleed. Aku yang nosebleed sebenarnya. 55+
Kaukah yang telah lama menunggu aku?
Kaukah yang akan mengisi hatiku?
Kita seakan-akan pernah bertemu pada masa lampau,
Adakah kau yang dilahirkan untukku?
Oh, aku memang tersentuh dengan bahagian ini. Setelah berjumpa dengan neua koonya iaitu Rerin, Suriya rasa sangat-sangat mesra dan bersikap over protective pada Rerin. 

Sinopsis ringkas:
Rerin, seorang profesor tekstil di Bangkok pergi bercuti di Chiangmai bagi menenangkan diri. Dia melawat Muzium Kedtawa yang merupakan bekas istana dan bertemu dengan seorang lelaki yang asyik memanggilnya Jao Nang Noi / Jao Noi Maneerin (Puteri Bongsu Maneerin). Lelaki tersebut sebenarnya roh Jao Siriwattana, tunang Jao Maneerin - Rerin pada masa lampaunya. Roh Jao Siriwattana masih berlegar-legar, menunggu kemunculan Rerin kerana dia mahu Rerin menyiapkan sehelai kain sutera yang tidak sempat disiapkan oleh Jao Nang Noi. 70 tahun dahulu, Jao Maneerin didatangkan dari Lanna (?) untuk dikahwinkan dengan Jao Siriwattana. Jao Nang Noi seorang puteri raja yang berfikiran moden. Dia tidak setuju dengan perkahwinan tanpa cinta, apatah lagi apabila dia mendapat tahu tunangnya sebenarnya sudah mempunyai Mom Bua Ngern. 

Pada masa yang sama, Jao Nang Noi bertemu dengan Jao Noi Siriwong yang merupakan adinda Jao Siriwattana. Mereka sama-sama jatuh cinta pandang pertama. Walaupun tahu perbuatan mereka salah, Joi Noi dan Jao Nang Noi tetap meneruskan hubungan mereka sehinggalah dihidu oleh Jao Siriwattana yang dihasut Mom Bua Ngern. Selfish Jao Siriwattana marah dan bertindak memaksa Jao Nang Noi untuk cepat-cepat berkahwin dengannya. Keengganan Jao Noi Maneerin menyebabkan peristiwa tragik terjadi, dan seterusnya menyebabkan Jao Siriwattana meratap sehinggalah ke zaman moden.

Pada zaman moden, Jao Noi Siriwong dilahirkan sebagai Suriyawong (Suriya), seorang food stylist. Suriya merupakan cucunda saudara kepada Mom Bua Ngern. Mom Bua Ngern yang masih sihat sangat menyayangi Suriya dan mahu mewariskan seluruh hartanya kepada Suriya. Apabila mendapat tahu bahawa Suriya jatuh cinta pada Rerin, Mom Bua Ngern menjadi marah. Mom Bua Ngern masih berdendam dengan Jao Noi Maneerin yang dianggap perampas Jao Siriwattana. -end of synopsis-

Apa yang best sangat dengan lakorn ini? ATEAM. A-list casts. Beautiful. Everything was beautiful. Beautiful storyline. Beautiful scenery. Beautiful costumes. Beautiful love story. Walaubagaimanapun, cerita pada zaman moden kurang berkembang. Off Pongpat sebagai pengarah memang terlalu melebih-lebihkan watak sampingan sehingga kadang-kadang dia terlupa watak utama lebih penting. Haha.

Pada zaman lampaunya, Jao Noi Maneerin yang bertindak terkejar-kejarkan Jao Noi Siriwong. Lucu sebab gatal sangat dia, pergi tulis puisi cinta bagai. Pada zaman modennya, Suriyawong memang nampak sangat terhegeh-hegeh pada Rerin, dan si perempuan buat dek, barangkali sebab dia tahu Suriya itu memang jodohnya.

Pada zaman lampau. Jao Noi Maneerin seorang yang pandai memasak, tetapi pada zaman moden Suriya seorang food stylist.

Aku selalu rasa lelaki yang membahasakan diri sebagai 'adik' sangat cute. And yes, Aum bahasakan diri sebagai 'nong' setiap kali bercakap dengan Chai.

Walaupun banyak juga yang aku tak puas hati, lakorn ini remains sebagai salah satu yang aku anggap terbaik. Dan, rindu sangat dengan pranangnya. T_____T

Terjemahan bahasa Inggeris untuk lagu; kredit: Tahmnong dan wishbone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan