What a short journey!
Rasa macam baru sangat drama Siam ini ditayangkan -- setelah hampir dua tahun Ann Thongprasom tidak muncul dengan sebarang lakorn. Her last lakorn was with none other than her koo kwan; Ken Teeradeth Wongpuapan, titled 365 Wan Haeng Rak (Cinta 365 Hari). And that lakorn wasn't a hit. Dan sekarang, minggu terakhir, aku sedang menunggu dua episod terakhir ditayangkan. Episod akhir yang akan membongkar pelbagai lagi rahsia, seterusnya menutup sebarang spekulasi yang bermain di minda penonton yang belum kena spoiled macam aku.
Bagi meraikan minggu terakhir ini, aku terrajin untuk membuat analisis karakter bagi setiap watak, dan melihat perkaitannya dengan pembunuh May Lee. Calon-calonnya...
Paeka (Pink) -- kurator di sebuah muzium di Bangkok. Dia datang ke Hong Kong untuk membaiki qipao Madam Soong serta menjejaki pembunuh May Lee. Wajahnya saling tidak tumpah seperti May Lee, kecuali Paeka tidak mempunyai tahi lalat di bawah mata kirinya. Seorang yang nosy, setiap kali dia mengesyaki seseorang, Paeka akan mengumumkannya secara terbuka dan menimbulkan rasa tidak senang setiap penghuni di rumah besar milik keluarga Wern Yeuy. Paeka sangat berani dan yakin akan dirinya. Walaupun cuba disingkir dan diugut untuk meninggalkan Hong Kong, Paeka sangat tetap dengan pendiriannya. [Perenggan seterusnya mungkin mengandungi spoilers]
Jao Ming Tian (Khun Chai Rong) -- the pra ek, no way he is the murderer, lol. Anak kedua, dia tidak menjadi harapan dalam keluarganya. Ming Tian tidak disayangi ayah dan ibunya sama rata seperti abangnya. Ming Tian sentiasa inferior berbanding abangnya, kecuali sikapnya yang lebih berperikemanusiaan. Ming Tian tidak suka menggunakan kekerasan, terutama kepada ahli keluarganya. Ini menyebabkan dia sentiasa 'menafikan' tindakan-tindakan liar adik tirinya iaitu Pei Pei. Walaupun seluruh ahli keluarga tahu bahawa dia dan May Lee merupakan pasangan bercinta, ibu dan ayahnya tidak merestui hubungan mereka, beranggapan bahawa May Lee hanya layak sebagai menantu pertama keluarga mereka. Adakah kebarangkalian untuk Khun Chai Rong membunuh May Lee kerana dia tidak sanggup wanita pujaannya dimiliki oleh orang lain, terutamanya abang kandungnya sendiri?
Paeka (Pink) -- kurator di sebuah muzium di Bangkok. Dia datang ke Hong Kong untuk membaiki qipao Madam Soong serta menjejaki pembunuh May Lee. Wajahnya saling tidak tumpah seperti May Lee, kecuali Paeka tidak mempunyai tahi lalat di bawah mata kirinya. Seorang yang nosy, setiap kali dia mengesyaki seseorang, Paeka akan mengumumkannya secara terbuka dan menimbulkan rasa tidak senang setiap penghuni di rumah besar milik keluarga Wern Yeuy. Paeka sangat berani dan yakin akan dirinya. Walaupun cuba disingkir dan diugut untuk meninggalkan Hong Kong, Paeka sangat tetap dengan pendiriannya. [Perenggan seterusnya mungkin mengandungi spoilers]
Jao Ming Tian (Khun Chai Rong) -- the pra ek, no way he is the murderer, lol. Anak kedua, dia tidak menjadi harapan dalam keluarganya. Ming Tian tidak disayangi ayah dan ibunya sama rata seperti abangnya. Ming Tian sentiasa inferior berbanding abangnya, kecuali sikapnya yang lebih berperikemanusiaan. Ming Tian tidak suka menggunakan kekerasan, terutama kepada ahli keluarganya. Ini menyebabkan dia sentiasa 'menafikan' tindakan-tindakan liar adik tirinya iaitu Pei Pei. Walaupun seluruh ahli keluarga tahu bahawa dia dan May Lee merupakan pasangan bercinta, ibu dan ayahnya tidak merestui hubungan mereka, beranggapan bahawa May Lee hanya layak sebagai menantu pertama keluarga mereka. Adakah kebarangkalian untuk Khun Chai Rong membunuh May Lee kerana dia tidak sanggup wanita pujaannya dimiliki oleh orang lain, terutamanya abang kandungnya sendiri?
Jao Wern Yeuy -- seorang ahli perniagaan, menjual ubat-ubatan, kerabat diraja. Dia juga peminat qipao, dan mempunyai muzium yang menyimpan segala qipao miliknya. Tegas dan pantang dicabar, Wern Yeuy tidak suka apabila kata-katanya dibantah. Dia mementingkan maruah keluarganya. Adakah kebarangkalian untuk Jao Wern Yeuy membunuh May Lee kerana tidak mahu rahsia keluarganya terbongkar?
Khun Nai Yai -- isteri pertama Wern Yeuy, berpendidikan dan mempunyai kelulusan yang sama seperti suaminya. Dia tidak menyukai Khun Nai Rong yang dianggapnya sebagai wanita kelas bawahan. Sangat menyayangi adik kandungnya iaitu Jin, Khun Nai Yai tidak pernah melaporkan sebarang perbuatan jahat adiknya kepada suaminya. Khun Nai Yai sangat menyayangi Ming San kerana anaknya itu mendengar kata dan pandai mengambil hatinya. Khun Nai Yai juga menyayangi May Lee seperti anak kandungnya sendiri. Dia mahu Ming San dan May Lee disatukan kerana dia dapat menghidu rancangan Khun Nai Rong yang mahu Pei Pei menjadi menantu utama di rumah besar itu. Adakah kebarangkalian untuk Khun Nai Yai membunuh May Lee kerana anak angkatnya itu enggan berkahwin dengan Ming San?
Khun Nai Rong -- isteri kedua Wern Yeuy. Dia merupakan penyanyi di kelab malam. Pernah berkahwin dengan seorang kaki minum dan mempunyai anak iaitu Pei Pei. Khun Nai Rong dibawa masuk ke dalam keluarga diraja kerana Wern Yeuy simpati akan nasibnya. Khun Nai Rong membuktikan dirinya memang wanita kelas bawahan kerana telah berasrama dengan adik ipar suaminya sendiri! So disgusting! Dia bercita-cita untuk menguasai rumah besar dan harta milik Wern Yeuy setelah suaminya mati. Oleh itu, dia mendidik Pei Pei untuk 'menggoda' Ming San sebagai pewaris utama. Adakah kebarangkalian untuk Khun Nai Rong membunuh May Lee kerana tidak mahu anak tiri angkatnya itu menggagalkan rancangannya?
Pei Pei -- menjadi Khun Nu sebelum May Lee diambil sebagai anak angkat keluarga tersebut, Pei Pei membenci dan membuli May Lee sejak kecil lagi. Fobia pada penyapu bulu ayam, dia juga akan histeria apabila kemahuannya tidak dituruti. Dia menyukai Khun Chai Rong, tetapi kerana dipaksa ibunya, dia juga cuba menggoda Khun Chai Yai. Pei Pei dididik untuk membesar menjadi seorang perempuan yang angkuh. Dia pernah mengugut untuk mengganggu ketenteraman hidup May Lee sekiranya saudara tiri angkatnya itu memilih untuk berkahwin dengan Ming Tian. Adakah kebarangkalian untuk Pei Pei membunuh May Lee kerana tidak mahu cinta hatinya iaitu Khun Chai Rong dirampas oleh musuh utamanya?
Jao Ming San (Khun Chai Yai) -- anak sulung dan harapan keluarga. Ming San sangat bijak dan berkemahiran sejak kecil. Sebagai Khun Chai Rong, dia sentiasa menjadi contoh kepada adiknya dan dihormati semua orang. Ming San tidak pernah membantah segala arahan ibu dan ayahnya, tetapi dia juga akan menjadi pembela Ming Tian setiap kali adiknya dimarahi mereka. Ming San bersahabat baik dengan Ah Wei sejak kecil dan mereka membesar bersama-sama, sehinggalah hubungan mereka menjadi sesuatu yang terlarang mengikut tradisi orang Cina. Ming San tidak membantah ibu ayahnya apabila disuruh mengahwini May Lee, tetapi dia melepaskan kemarahannya pada May Lee sendiri. Adakah kebarangkalian untuk Khun Chai Yai membunuh May Lee kerana beranggapan adik angkatnya itu mahu merampas kedudukan Ah Wei dari hatinya?
Liang Wei Hur -- Sahabat baik Khun Chai Yai sejak kecil, sehinggalah besar, dia merupakan orang yang paling disayangi Ming San. Ah Wei merupakan anak nelayan yang miskin. Dia masuk ke sekolah yang sama dengan Ming San dengan bantuan biasiswa. Ah Wei sama-sama bijak seperti Ming San. Ah Wei lebih rasional, dan mempunyai hati yang lembut. Setiap kali May Lee dimarahi Ming San, Ah Wei akan kembali memujuk May Lee. Setelah kematian May Lee, polis menyimpulkan bahawa Ah Wei yang membunuh kerana dia merupakan orang terakhir yang bersama-sama May Lee. Sejak diburu polis, Ah Wei menjadi pelarian dan gelandangan. Dia menggunakan nama kawannya untuk membeli saham. Adakah kebarangkalian untuk Ah Wei benar-benar membunuh May Lee kerana tidak mahu Ming San dirampas daripadanya?
Jin -- satu-satunya adik kandung Khun Nai Yai. Kerana statusnya yang dianggap hebat, Lee Yan dikahwinkan dengannya. Jin adalah seorang lelaki yang pengecut. Dia menunjukkan sifat seorang gentleman di hadapan orang ramai, tetapi dia mendera isterinya di belakang. Jin juga seorang jao chu (kaki perempuan). Perbuatannya yang paling menjijikkan adalah hubungan asmaranya dengan madu kakaknya sendiri selama bertahun-tahun. Dia akan cepat-cepat meminta maaf apabila perbuatan jahatnya diketahui, tetapi tetap mengulang perbuatan yang sama. Dia mula menganiaya mental May Lee apabila perbuatannya dilihat oleh May Lee. Adakah kebarangkalian untuk Jin membunuh May Lee kerana bimbang rahsia sulitnya dibocorkan?
Lee Yan -- adik ipar Khun Nai Yai, biras Wern Yeuy. Lee Yan seorang wanita yang lemah lembut, your typical housewife. Dia wanita bekerjaya, tetapi menghambakan diri dan patuh pada suaminya. Dia sangat lemah, dan tidak membalas setiap kali dibuli orang sekelilingnya, terutamanya suaminya sendiri dan Khun Nai Rong. Lee Yan tahu suaminya mempunyai hubungan dengan Khun Nai Rong, tetapi dia terpaksa membutakan matanya dan menyimpan segala rahsia kerana malu. Lee Yan akan mempertahankan May Lee apabila Jin cuba menyerang. Walapun 'penyabar' Lee Yan mudah cemburu pada perempuan lain. Dia akan mula curiga apabila Jin rapat dengan mana-mana perempuan. Adakah kebarangkalian untuk Lee Yan membunuh May Lee kerana bimbang suaminya digoda?
May Lee -- diambil sebagai anak angkat Jao Wern Yeuy setelah kematian ibu bapanya. May Lee berasal dari Thailand, dan masih mempunyai saudara-mara, tetapi Wern Yeuy telah berjanji dengan sahabatnya (ibu bapa May Lee) untuk menjaga May Lee seperti anak sendiri. Berbeza dengan Paeka, May Lee seorang yang lemah lembut. Dia sentiasa menuruti perintah keluarga angkatnya, lalu menyebabkan dia selalu dibuli oleh Khun Nai Rong dan Pei Pei. May Lee mati dibunuh pada hari kepulangan Khun Chai Rong dari Amerika Syarikat, hari yang mereka jadualkan untuk berkahwin secara senyap-senyap. Adakah kebarangkalian untuk May Lee untuk membunuh diri sendiri kerana cintanya yang terhalang?
Gambar keluarga Jao Wern Yeuy. Gambar semasa putera-putera masih kecil, dan setelah mereka dewasa. Apa yang berbeza pada ayah? Kedut tetap sama! Drama Thailand memang failed dalam usaha menunjukkan gambar muda dan tua.
Erks. Gambar Ming San berpelukan dengan Ah Wei tak ada. Ada gambar ini sahaja. Adakah mereka...?!
Everyone was happy, because today was my birthday! Second wife was happy, plotting to kill nosy Nang Paeka.
Though they think that I'm a nosy, they still can't deny that I'm the most beautiful mannequin!
I'm just a one weak sorrow ghost. I'm not even sure who killed me.
If you're smart enough, who am I? May Lee or Paeka?
Thank you, if you think I'm one handsome man. But sadly I'm not a pra ek. I'm just the pra ek's driver! Will see you again in Autumn in My Heart!
Paeka dengan rakan sekerja di Bangkok.
Dare to laugh, before you leave the mansion, Khun Nai Rong?
Kredit gambar-gambar: TV3 Thai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan