Khamis, 20 Disember 2012

[FR] Qi Pao: An Immoral Story

Ceh, tajuk English English and controversial begitu, perasan boleh tarik international readers ke apa? Pembaca tempatan pun tak ada. Haha.
Aku akhirnya berjaya mengharungi 13 episod Qi Pao, dengan pelbagai perasaan. Banyak geram, sedih tapi tak ada gembira. Such a sad forbidden love story. Sepatutnya aku habiskan minggu lepas lagi, tapi sebab dihantui oleh macam-macam hantu, terpaksalah aku on hold sekejap. [spoilers ahead]

Sekarang kita sudah tahu siapa pembunuhnya. Terkejut? Aku sudah kena spoiled sejak episod 11 - 12, jadi macam kurang feeling terkejut. 

Kita terus pada like & dislike.

Thumbs up:
#1 Latar tempat yang awesome. Tak useless guna Hong Kong sebab penonton dibawa berjalan-jalan ke sana-sini, walaupun agak stress sebab pranang asyik bertekak pada awal-awal cerita.
Kalau mahu bergambar dengan tugu Bruce Lee, perlu buat aksi Bruce Lee juga.
#2 O, oh so awesome! Muahahaha, ya aku tiba-tiba tertarik nak menonton selepas dapat tahu O Anuchyd berlakon dalam drama ni. Seriously, P'O? Awal-awal, sejak tahun lepas, sejak Roy Mai masih on air, aku macam tak ada niat pun nak tengok lakorn ni, sebab aku bukan huge fan Anne, apatah lagi Smart. Tapi kemudiannya aku tahu O ada, terus bersemangat. Dan, sememangnya tak sia-sia. Watak O yang paling memorable. Aku tak bersedih dengan kesedihan May Lee, tapi bila Ah Wei mula menangis-nangis, aku pun meleleh. T_T
Ming San, kita akan hidup bersama-sama di bulan. Tunggu aku... T_T
#3 Great casts! At first memang sakit hati jugalah dengan pra ek. Memang menyedihkan pun dia tu, tapi setelah aku menimbang-nimbang semula, disebabkan Jao Ming Tian macam tak ada signifikan aja... Maka layaklah pelakon yang pegang wataknya tu. *evil laugh* Pelakon-pelakon lain memang superb. Anne Thongprasom memang undeniably, so Ning Nirut and Mam Jintara. Semua okeylah. Termasuklah yang slutty.
#4 Great OSTs! I especially loved Sailom haeng Rak (Udara Cinta) by Ben Chalatit. Muzik sedikit kecinaan, and a great song. Qi Pao (Jennifer Kim) pun best. Tapi aku kan bias penyanyi lelaki. Haha. Sailom haeng Rak terlampau sedap (bagi aku) sampai aku rasa nak buat cover. Siapa pula nak dengar.
#5 Jalan cerita yang boleh tahan menarik. Menarik jugalah. Aku sikit-sikit dapat belajar tradisi orang Cina.
Minghun
Thumbs down:
#1 Thai dubbing? Omaigosh, latar belakang Hong Kong, watak utama berbangsa Cina kecuali nang ek. Satu patah haram perkataan Cina pun aku tak belajar. Kecuali 'xie' dan 'minghun'. Apakah? Aku boleh terima bila keluarga Jao bertutur phasa Thai 100%, mungkin sebab ada darah-darah Thai. Tapi aku tak boleh terima bila the whole Hong Kong cakap Thai. Pergi hospital, cakap Thai. Pergi jumpa polis, cakap Thai. Lojik? Setidak-tidaknya di tempat awam, macam kedai dan hospital gunalah bahasa Inggeris pun. Kalau ya pun nak mengagungkan bahasa kebangsaan, jangan sampai crap. (Drama Melayu pun crap, kulit macam belacan, duduk tepi sawah tapi rambut kuning, I you I you.) Aku terpaksa think positive, menganggapnya Thai dubbing.
#2 Crap ending. Sebaik saja si pembunuh kita ketahui siapa, dia terus mati. Ini aku hangen dengan Pee May Lee. Patutnya bagi satu dunia pandang hina pada si pembunuh dulu haha. Ah Wei pun mati. Mana justice-nya? Nampaknya Ah Wei lebih bahagia mati untuk bertemu dengan pasangannya kot. Kasihan mak dia. Tak sukalah aku bila Ah Wei dengan Ah Yi mati. Geramnya!!!
Ming San... akhirnya aku dapat bertemu kau.
Cinta sejati lebih penting berbanding darjat.
Dok botan see chompoo, dijelmakan daripada Pee May Lee. Gulp.
Dok tah tawan untuk Paeka.
Macam sakit hati jugalah, kononnya dalam cerita ini digambarkan kita akhirnya dapat bersama-sama cinta sejati. Tapi kasihannya May Lee. Akhirnya dia dipisahkan daripada Khun Chai Yai (walaupun tak cinta). Khun Chai Rong pula jatuh cinta pada Paeka. May Lee akhirnya keseorangan. Kalau aku jadi Pee May Lee, Khun Chai Rong aku cekik dulu. Uhuk.
#3 Immoral lessons. Let's get straight. Ini aku bercakap dari sudut pandangan sebagai seorang Muslim. Eheh. Fokus lakorn ini sebenarnya, punca masalah sebenarnya, adalah kisah cinta antara Ming San dan Ah Wei. Say whaaat? Penulis novel ini mungkin sangat terbuka dan menganggap chai rak chai (gay) dan lesbian tak salah. Maka... T_T
Akhirnya kita dapat hidup bersama-sama, Wei...
Siap ada tunjuk roh pula tu... Adeh... Sabar sajalah.
#4 Though I loved P'O, dia sebenarnya tak sesuai pegang watak Ah Wei. Dia terlalu muda untuk pegang watak paling tua berbanding Khun Chai Rong, May Lee mahu pun Paeka. Bila dia bersama-sama Khun Chai Yai pun nampak sangat Ming San tu dah tua. Realiti, O lebih muda lebih kurang 6 - 8 tahun. Dalam drama, O nampak >10 tahun lebih muda berbanding Khun Chai Yai. Haha. Ming San buncit pula tu. O Anuchyd terlalu comel berbanding Ming Tian juga.
#5 Make up. Ini lagi satu crap. Wah banyak betul crap-nya ya. Semasa Paeka terkurung dalam bilik sauna, kononnya si pembunuh tinggikan suhu bilik. Masalahnya, setitik peluh pun tak meleleh haha. Kedua, Ah Wei. Eh, lelaki ni gelandangan, tapi muka budak belajar master. BERSIH! Gelandangan mana ada smart smart handsome. Penampilan Ah Wei bahkan lebih kemas berbanding Ah Chen si pembunuh upahan (yang sudah kaya kononnya). Belum lagi cerita make up tua make up muda... Heheh. May Lee dan Paeka pun... sangat identical. Kadang-kadang macam tak lojik, kalau ada dua manusia yang langsung tak ada kaitan muka serupa sangat. Paling tidak pun, May Lee kan hidup enam tahun sebelumnya. Patut bagi dia nampak sangat muda berbanding Paeka.

Overall, tetap worth watching. Tak rugi pun, sebab banyak juga aku belajar. Lebih-lebih lagi bab how to control our emotions. Tapi, rasa-rasanya, kalau bukan kerana P'O, dan lakorn ini dari horror fabric series, aku malas nak tengok, kot? Script lacks.

Jumpa lagi untuk installment keempat: Sanaeha Sari. Dalam hati berangan mahu tengok Aff...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan