Memaparkan catatan dengan label Anne Thongprasom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anne Thongprasom. Papar semua catatan

Khamis, 20 Disember 2012

[FR] Qi Pao: An Immoral Story

Ceh, tajuk English English and controversial begitu, perasan boleh tarik international readers ke apa? Pembaca tempatan pun tak ada. Haha.
Aku akhirnya berjaya mengharungi 13 episod Qi Pao, dengan pelbagai perasaan. Banyak geram, sedih tapi tak ada gembira. Such a sad forbidden love story. Sepatutnya aku habiskan minggu lepas lagi, tapi sebab dihantui oleh macam-macam hantu, terpaksalah aku on hold sekejap. [spoilers ahead]

Selasa, 11 Disember 2012

Qi Pao: Siapa Pembunuh May Lee?

What a short journey! 

Rasa macam baru sangat drama Siam ini ditayangkan -- setelah hampir dua tahun Ann Thongprasom tidak muncul dengan sebarang lakorn. Her last lakorn was with none other than her koo kwan; Ken Teeradeth Wongpuapan, titled 365 Wan Haeng Rak (Cinta 365 Hari). And that lakorn wasn't a hit. Dan sekarang, minggu terakhir, aku sedang menunggu dua episod terakhir ditayangkan. Episod akhir yang akan membongkar pelbagai lagi rahsia, seterusnya menutup sebarang spekulasi yang bermain di minda penonton yang belum kena spoiled macam aku. 
Bagi meraikan minggu terakhir ini, aku terrajin untuk membuat analisis karakter bagi setiap watak, dan melihat perkaitannya dengan pembunuh May Lee. Calon-calonnya...

Isnin, 3 Disember 2012

[SR] Qi Pao กี่เพ้า

Anne sebagai Paeka (Pink) / May Lee
'Smart' Krissada sebagai Jao Ming Tian (Khun Chai Rong)
'Ning' Nirut sebagai Jao Wern Yeuy
'Mam' Jintara sebagai Wang Jei Ping (Khun Nai Yai)
'May' Pitchanart sebagai Jao Lin Pei (Pei Pei)
'Oh' Anuchyd sebagai Liang Wei Hur (Ah Wei)
'Boom' Panadda sebagai Lin Mei Ing (Khun Nai Rong)
? sebagai Jin
'Jieb' Pijitra sebagai Lian

Paeka (Pink), seorang kurator di muzium pakaian antik telah ke Hong Kong untuk membaiki qipao kesayangan Jao Wern Yuey yang telah terkoyak. Kedatangannya ke sana dan tinggal bersama-sama keluarga Wern Yuey juga bertujuan membongkar misteri kematian May Lee dan menjejaki pembunuhnya yang sebenar. May Lee merupakan anak angkat keluarga Wern Yuey yang mempunyai wajah mirip Paeka, kecuali tahi lalat di bawah mata kirinya. Seluruh keluarga Wern Yuey percaya bahawa Ah Wei merupakan pembunuh May Lee, berdasarkan siasatan polis. Namun begitu, berdasarkan mimpi yang dialami, Pink percaya bahawa pembunuh May Lee ialah ahli keluarga Wern Yuey sendiri kerana pembunuh tersebut memakai gelang jed yang dimiliki oleh setiap orang dalam rumah tersebut. Gelang jed tersebut juga terpatah kerana dihentak oleh May Lee sebelum kematiannya.