Memaparkan catatan dengan label Playlist mp3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Playlist mp3. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Januari 2013

Grey Mood #1

Afternoon, honey!
Entah berapa lama boleh bertahan di YouTube pun aku tak tahu. HAHA. Mungkin esok lusa sudah boleh di-claim oleh GMM Grammy. Dan aku dapat strike lagi. Untuk kesekian kali.

Hari ini online untuk dapat sakit hati. Beberapa hari lepas aku dah mula baca betapa kontroversinya Neua Mek II yang konon-kononnya inappropriate, sebab ia berkait rapat dengan politik. Neua Mek II sudah ditayangkan hingga ke episod 9. Aku pun mengagak ia tamat minggu ini dengan 12 episod, since Raeng Pradtana mula ditayangkan 12 Januari. Which is normal, since lakorn untuk slot hujung minggu TV3 sekarang ini memang tak lebih 13 episod.
Tapi apa yang terjadi lepas aku buka YouTube, tiba-tiba ada video Raeng Pradtana, opening credit etc. What the hell is going on? Aku baca di sana-sini, TV3 sudah pun keluarkan kenyataan Neua Mek tidak akan terus ditayang. WOW. Extremely bad for MTEAM!!! And even the production team.
Melucukan bila ada yang cakap mahu boikot Raeng Pradtana. Haha. Kelakarlah. Nadech dan Kim  langsung tidak bersalah.

Tetapi sebenarnya yang lebih awal adalah channel YouTube KissKeepInTouch sudah kena delete. T_T Bengang macam hilang boyfriend aku!!! Kebanyakan channel di ViKi menggunakan raw videos KIT. Kalau KIT kena delete, semua projek leburlah! Mangkuk!

Jumaat, 21 Disember 2012

[Top11] Song of the Year 2012

#11 Beginilah Caranya - Shaheizy Sam feat. Yana Samsudin
[OST Aku Ada, Kau Ada]
Lagu ini istimewa sebab ia dicipta khas untuk filem. Boleh begitu? Barulah nampak ada class filem Melayu Malaysia kita. Aku tak pernah tengok pun filemnya. Tak pernah tahu jalan cerita etc pun. Rasa-rasanya satu-satunya filem Malaysia yang aku tonton tahun ini adalah Istanbul Aku Datang.