Jumaat, 30 November 2012

Disember (yang dinanti)

Oh cepatnya masa berlalu, rasa macam aku baru aja -- sebenarnya aku tak rasa apa pun haha. Cuma masa memang pantas bergerak, kita dah di penghujung 2012. Amacam kalian yang berazam itu ini. Tercapai atau tidak? Ya, aku tak pernah ada azam tahun orang kafir, melainkan cepat-cepatlah habis belajar. Sekian, terima kasih.

Namun, cuti ini memang terasa pantas. Aku rasa macam baru aja malam tadi aku SMS dengan Izat blablabla, rupa-rupanya dah berlalu tiga minggu. Cuti memang selalu nak cepat habis, kan? Tinggal sebulan aja lagi sebelum aku jadi super duper senior. Oh excited-nya walhal tak buat research apa pun lagi. Ternyata aku membuang masa macam sekarang ni.......

Memperkenalkan...


Anak itik di sebelah kiri bernama 'Taew' Nattaporn Temeerak,
Anak itik di sebelah kanan bernama 'Boy' Pakorn Chatborirak.

Cewah, pantun dua kerat gitu! And, korang boleh practice buat duckface haha. Anyway, aku tak ingat gambar di atas sebelum di-photoscaped entah ambil dari IG siapa. Apa pun, terima kasihlah gambar kau memang cute, aku suka!

Disember ini, lakorn terbaru mereka sebagai pranang akan mula ditayangkan, menggantikan Qi Pao; lakorn hantu yang tak hantu pun...! Masih belum ada tarikh yang pasti untuk Tawanchai Nai Marn Mek, tapi ia pasti Disember. Aku memang seronok nak tengok Boy dan Taew ni, setelah gembira dengan O dan Margie dalam Rak Gert Nai Talad Sod (walaupun belum habis tengok). Switching couples gitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan