Sewaktu aku edit entri ini, Winamp aku sedang memainkan lagu Aoffy feat. Lydia. Jadi sedih bila teringat watak jahat P'Aof dalam lakorn ni. T_T
Sinopsis ini mungkin nampak panjang, tetapi percayalah. Ia masih sinopsis ringkas. Tiada spoilers!
Pra ek; Peungrit Chatayothin (Plerng, dalam lakorn ditulis 'Peung') seorang anak nelayan menjalani kehidupan sederhana bersama-sama ayah; Pipat dan ibu; Pongpaew di pantai Ranong. Plerng menyangkakan bahawa dia hanyalah pemuda biasa, hinggalah pada suatu hari, dia mendapat berita bahawa neneknya sakit tenat. Nenek Plerng, tidak lain dan tidak bukan ialah Khun Ying Tongtraa Chatayothin. Khun Ying Tongtraa merupakan Presiden Phet Thai, sebuah syarikat perniagaan berlian (phet / petch = berlian) nombor satu di Thailand.
Pra ek; Peungrit Chatayothin (Plerng, dalam lakorn ditulis 'Peung') seorang anak nelayan menjalani kehidupan sederhana bersama-sama ayah; Pipat dan ibu; Pongpaew di pantai Ranong. Plerng menyangkakan bahawa dia hanyalah pemuda biasa, hinggalah pada suatu hari, dia mendapat berita bahawa neneknya sakit tenat. Nenek Plerng, tidak lain dan tidak bukan ialah Khun Ying Tongtraa Chatayothin. Khun Ying Tongtraa merupakan Presiden Phet Thai, sebuah syarikat perniagaan berlian (phet / petch = berlian) nombor satu di Thailand.
20 tahun dahulu, Pipat sebagai waris pertama Chatayothin, akhirnya menjadi anak terbuang kerana dia memilih Pongpaew yang pada sangkaan Khun Ying Tongtraa, wanita itu tidak layak menjadi menantunya. Justeru, Pipat menyalahkan diri sendiri dan menganggap dialah punca ibunya jatuh sakit. Plerng dan orang tuanya kemudian mengambil keputusan untuk ke Bangkok dan meminta maaf pada Khun Ying Tongtraa.
Semasa dalam perjalanan, mereka terlibat dalam kemalangan dan dihantar ke hospital. Plerng hanya cedera ringan dan Pongpaew pula koma. Doktor kemudiannya mengesahkan bahawa Pipat masih bernafas, tetapi otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya mampu bertahan untuk beberapa ketika. Pada masa yang sama, Plerng mendapat tahu bahawa neneknya dirawat di hospital yang sama. Khun Ying Tongtraa tidak akan bertahan, kecuali dengan pemindahan jantung.
Dalam kepayahan, Plerng akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan riwayat ayahnya dan mendermakan jantungnya kepada neneknya. Proses pendermaan jantung tersebut hanya diketahui oleh dua adik Pipat iaitu Butsakorn dan Nirut (tidak termasuk staf hospital dan Pongpaew). Butsakorn yang mempunyai agenda jahat untuk merebut harta warisan keluarga telah bertindak memaksa Plerng dan Nirut untuk merahsiakan hal pemindahan jantung tersebut daripada sesiapa.
Setelah Pongpaew sedar dari koma, Plerng dan ibunya pulang ke Ranong bersama-sama keranda yang berisi mayat ayahnya untuk urusan pengkebumian. Nirut dan anaknya, Chanon datang ke Ranong dan memujuk Plerng untuk kembali ke Bangkok dan menyertai syarikat. Plerng bersetuju, beranggapan inilah peluang untuk dia dan ibunya meminta maaf secara rasmi bagi pihak Pipat.
Setibanya di Bangkok, Khun Ying Tongtraa setuju memaafkan mereka, tetapi bersyarat. Khun Ying Tongtraa mencabar Plerng untuk menghasilkan keuntungan yang lebih besar daripada yang pernah diusahakan Pipat untuk Phet Thai dalam tempoh 3 bulan. Plerng bersetuju. Namun begitu, usahanya tidak semudah disangka kerana dia perlu berhadapan dengan Butsakorn dan dua anaknya; Ahnat (Nut) dan Nanaree (Naree) yang sentiasa berusaha menyingkirkan Plerng dan Pongpaew dari rumah besar Chatayothin.
Haha, panjang gila tulis, mana nang ek? Nang ek; Namfon merupakan tunang Ahnat. Namfon pernah diselamatkan Plerng daripada dilanggar troli semasa di pasar di Ranong. Malangnya, Namfon menganggap Plerng hanya mahu mengambil kesempatan dan mencari duit tambahan. Ahnat kemudiannya telah mencucuk jarum ke dalam fikiran Namfon, dan menyebabkan dia semakin tidak menyukai Plerng. Namfon selalu berusaha untuk membuktikan Plerng seorang lelaki yang tidak ikhlas, tetapi lama-kelamaan dia sedar bahawa Plerng tidak seperti yang disangkanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan