Chomdeun (Deun) merupakan ahli keluarga Plianfah yang menjalankan kerja-kerja sebagai tukang ramal. Namun begitu, Deun merupakan satu-satunya ahli keluarga yang tidak mempunyai sixth sense seperti adiknya, Plian yang juga boleh melihat masa hadapan. Deun berkeinginan untuk mempunyai sixth sense, hinggalah pada satu hari dia menyangkakan roh Annie Diana, seorang superstar datang untuk bertemu dengannya. Annie seterusnya memang datang ke kediaman Plianfah untuk melihat masa hadapannya. Datuk, nenek, ayah dan adik Deun meramalkan Annie akan meninggal dunia dalam masa seminggu. Seperti yang diramalkan, berita kematian Annie terpapar di dada-dada akhbar seminggu kemudiannya. Pihak polis menyimpulkan bahawa Annie mati bunuh diri dan kesnya ditutup. Namun begitu, ahli keluarga Plianfah meramalkan bahawa Annie mungkin mati dibunuh.