Rabu, 25 Julai 2012

[SR] Pang Sanaeha ปางเสน่หา

Kapten Taechyd merupakan seorang polis cawangan jenayah di Bangkok. Suatu hari pasukannya berjaya menangkap Jiang, orang kanan kepada Sia Songkraam atau nama Inggerisnya Dennis Yang, yang dipercayai merupakan tauke dadah Thailand – Amerika. Walaubagaimanapun Jiang dibebaskan dan Taechyd ‘digantung’ kerja. 

Bagi menghabiskan baki ‘cuti’ yang ada Taechyd (often called as Taehaang too) telah ke resort milik kawan baiknya, Sritrang di Pak Chong. Di sana, dia kerap diganggu oleh roh @ hantu?! amnesia yang kemudiannya diberi nama Siengwaan [sieng = suara, waan = manis / sedap (trust me, it’s not waan at all, it’s trying-to-be-sweet-yet-it’s-annoying)]. Bersimpati akan nasib hantu amnesia tersebut, Taechyd bersetuju untuk membantu Siengwaan mencari dirinya yang hilang lol

Sementara itu, Sri terserempak kembali dengan kekasih universitinya yang sudah 10 tahun menghilang, Petch. Malangnya lelaki tersebut memberitahu namanya ialah Paul. Sri tidak mempercayainya dan mengintip gerak-geri P’Petch-now-Paul. Dia mendapati Paul mempunyai kaitan dengan Dennis Yang. Taechyd mempercayai bahawa Paul merupakan orang kanan Dennis Yang. Lebih menyulitkan keadaan, Taechyd mendapat tahu bahawa Paul merupakan seorang pegawai polis sepertinya… 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan