Jumaat, 30 November 2012

Disember (yang dinanti)

Oh cepatnya masa berlalu, rasa macam aku baru aja -- sebenarnya aku tak rasa apa pun haha. Cuma masa memang pantas bergerak, kita dah di penghujung 2012. Amacam kalian yang berazam itu ini. Tercapai atau tidak? Ya, aku tak pernah ada azam tahun orang kafir, melainkan cepat-cepatlah habis belajar. Sekian, terima kasih.

Namun, cuti ini memang terasa pantas. Aku rasa macam baru aja malam tadi aku SMS dengan Izat blablabla, rupa-rupanya dah berlalu tiga minggu. Cuti memang selalu nak cepat habis, kan? Tinggal sebulan aja lagi sebelum aku jadi super duper senior. Oh excited-nya walhal tak buat research apa pun lagi. Ternyata aku membuang masa macam sekarang ni.......

Memperkenalkan...

Khamis, 22 November 2012

[SR] Gaek Roy Rak แกะรอยรัก

Chomdeun (Deun) merupakan ahli keluarga Plianfah yang menjalankan kerja-kerja sebagai tukang ramal. Namun begitu, Deun merupakan satu-satunya ahli keluarga yang tidak mempunyai sixth sense seperti adiknya, Plian yang juga boleh melihat masa hadapan. Deun berkeinginan untuk mempunyai sixth sense, hinggalah pada satu hari dia menyangkakan roh Annie Diana, seorang superstar datang untuk bertemu dengannya. Annie seterusnya memang datang ke kediaman Plianfah untuk melihat masa hadapannya. Datuk, nenek, ayah dan adik Deun meramalkan Annie akan meninggal dunia dalam masa seminggu. Seperti yang diramalkan, berita kematian Annie terpapar di dada-dada akhbar seminggu kemudiannya. Pihak polis menyimpulkan bahawa Annie mati bunuh diri dan kesnya ditutup. Namun begitu, ahli keluarga Plianfah meramalkan bahawa Annie mungkin mati dibunuh.

Selasa, 6 November 2012

[SR] Plerng Toranong เพลิงทระนง


Sewaktu aku edit entri ini, Winamp aku sedang memainkan lagu Aoffy feat. Lydia. Jadi sedih bila teringat watak jahat P'Aof dalam lakorn ni. T_T